bertemu lagi kita..
masihkah seperti dahulu..
rasanya tak seperti dahulu lagi..
semua berbeza..
kau aku jauh berbeza tapi apa yang masih sama..
tentang kau aku
adalah rasa sayang...
semua yang ada adalah perasaan..
kau aku...
aku sayang kerana kau aku adalah kawan persekolahan..
zaman itu pertemukan kita..
bukan salah siapa siapa..
kita ditakdirkan bertemu...
aku bahagia..
bertemu kembali..
umpama mimpi...
aku tersedar...
aku bahagia..
kau aku masih saling ingat mengingati...
Selasa, 26 Januari 2010
Isnin, 25 Januari 2010
Mimpi
mimpi tentang kamu buat aku mahu mimpi lagi..
dalam mimpi itu buat aku jadi sakit hati..
mengapa asyik kamu yang aku mimpikan..
bukan sekali aku mimpikan kamu tapi berulangkali..
aku sakit hati kerana mimpikan kamu hanya dalam tidur lenaku..
realitinya kamu tak pernah ada untukku..
aku tak mengerti mengapa..
berulangkali itu buat aku lemah..
tiada semangat untuk bangun..
apalagi berdiri kembali..
andai kata kamu ada dihadapanku..apa harus aku lakukan..
aku masih seperti dulu..
tak berani bersemuka..
bukan kerana aku ada salah padamu..
hanya segan kerana kekuranganku..
mungkin kamu tak kisah..
tapi aku kisah..

Rabu, 20 Januari 2010
aku temui juga
setelah sekian lama masa berlalu seperti baru semalam aku berpisah..
kau tinggalkan aku dengan tetapan terakhir..
hanya dari jauh kau memandangku..
kau tak pernah tahu aku menitiskan airmata..
kesedihanku terpaksa aku simpan sendiri..
terbuku dalam hati ini..
tertulis cerita masa lalu..
aku lalui hari-hariku penuh dengan rasa sabar..
ketabahanku adalah kekuatan kenangan yang masih segar dalam ingatan ini..
siapa sangka setelah semua yang aku angankan menjadi nyata..
aku teringin kau kembali menjadi kawan sekadar kawan..
dalam hari-hari yang mendatang ini aku mahu bersamamu..
tak dapat dampingi disisimu namun kehadiran namaku akan selalu ada untukmu..
sukar aku tuliskan dengan kata-kata..
syukur aku ucapkan..Tuhan maha tahu..

Jumaat, 8 Januari 2010
Khamis, 7 Januari 2010
Setiap Istana Ada Cacat Celanya Kecuali Satu
Seorang salih bercerita:
Ada Raja yang membangun sebuah istana yang sangat indah, serba serbinya cantik serta megah sekali. Selesai membangunkanya, Raja pun meresmikan bangunan indah itu dengan mengatur berbagai bagai acara acara kebesaran , dan tak ketinggalan dengan mengundang semua rakyat nya, dari orang orang atasan, seperti para menteri dan pengiring istana, hingga kepada orang orang bawahan seperti pekerja pekerja biasa, para pakir miskin dan sebagainya.
Mereka kemudian dijamu dengan beranika macam makanan dan minuman, yang bukan main nikmat dan enaknya. Untuk mempastikan keistimewaan istana itu Raja telah menempatkan beberapa penjaga disetiap pintu istana yang indah itu untuk bertanya kepada setiap para undangan yang memasukkannya akan keindahannya, kemegahan serta kekukuhan istana itu, apakah disana terdapat apa apa cacat meskipun yang paling kecil sekali pun.
Beribu ribu para undangan yang datang mengunjungi istana itu, dan apabila mereka ditanya tentang istana itu, ternyata jawapannya semua nya sama, iaitu ia adalah sebuah istana yang paling hebat, indah, megah dan kukuh, dan sama sekali tidak terdapat apa cacat pun walau pun yang terkecil sekali .
Sebentar lagi , tibalah pula serombongan orang orang tua yang bertampal tampalan bajunya memasuki istana itu. Para pejaga menjamu mereka dengan sempurna, kemudian tidak lupa bertanya kepada mereka tentang pendapatnya pada istana yang indah itu.
Terdapat dua cacat besar pada istana indah ini! salah seorang antara orang orang tua itu berkata. Apa kata kau? Ada dua cacat besar pada istana indah ini? Tanya penjaga istana itu dengan hairan. Benar, terdapat dua cacat besar didalam nya, jawabnya .
Penjaga istana itu lalu menahan sebahagian orang tua itu lalu membawa mereka mengadap Raja seraya berkata kepadanya :
Wahai paduka Raja! Hamba telah bertanya kepada ribuan orang akan kehebatan, kemegahan dan keindahan istana paduka. Semua orang mengatakan yang istana itu indah bangunanya dan sempurna, dan tidak ada suatu cacat pun padanya, meski pun yang terkecil. Bahkan mereka telah memuji mujinya setinggi langit. Tetepi apabila hamba bertanya kepada rombongan orang orang tua ini justeru mereka telah mengatakan ada dua cacat besar pada istana paduka itu.
Raja pun menganguk anggukkan kepalanya, kemudian bertanya: Wahai bapak bapak sekalian! Saya tak rela dengan cacat yang sekecil pun pada istana saya itu, tetapi bapak bapak telah menyebutkan dua cacat besar padanya, Nah , cubalah sebutkan kedua cacat itu, pinta Raja kepada orang orang tua itu.
Seorang dari orang orang tua itu menjawab ;
Bukankah istana indah ini pada akhirnya akan rusak?! Tanya seorang dari orang orang tua itu. Ya, benar katamu itu! jawab Raja. Itulah cacatnya yang pertama. Habis apa pula cacatnya yang kedua, Tanya Raja. Pemiliknya akan meninggal dunia, itu lah cacatnya yang kedua. Jawab orang tua yang lain.
Raja tercengang mendengar jawapan itu, dan mengakui akan kebenaran kata kata orang orang tua itu. Dia termenung sejenak, kemudian berkata kepada mereka:
Benar, dan sungguh benar jawapan bapak bapak, namun apakah ada istana yang tak rusak selama lamanya, dan pemiliknya tak kan mati seterusnya?’ Tanya Raja pula.
Orang orang tua itu hampir serentak tersenyum dan ketawa. Seolah olah mereka sudah menunggu soalan itu daripada Raja, dan mereka pun sudah ada jawapannya.
Ada, wahai paduka Raja, ada,’ jawab mereka serentak . Dimanakah dia ? Tanya raja
Di syurga! Syurga dan kenikmatannya tidak akan rusak buat selama lamanya, dan pemiliknya juga tidak akan mati seterusnya! jawab mereka lagi. Raja mengangguk anggukkan kepala.
Alangkah bahagianya sekiranya paduka dapat memperolihinya, sebab jalan untuk memperolihinya bagi paduka sangatlah terbuka luas, dan tidak sukar, tambah orang orang tua itu.
Cuba terangkan , bagaimana cara memperolihinya? Tanya Raja. Mudah saja! Paduka akan memperolihinya dengan beriman kepada Alah s.w.t. dengan menjalani semua perintah dan menjauhi segala yang tiada diperkenankan Nya. Sebaliknya jika paduka tidak mengerjakan semua itu, maka paduka pun akan menghadapi kecelakaan dan siksaan yang sangat pedih, iaitu yang berupa api neraka, kekal di sana yang kesakitannya tidak dapat dibayangkan, jelas mereka sekalian.
Baiklah, kalau begitu aku akan turuti segala nasihat bapak bapak dan akan aku tinggalkan yang selama ini akan aku pegang. Aku akan beriman kepada Tuhan Maha Esa , dan aku akan tinggalkan kursi kerajaan ini untuk bertaubat kepada Nya, balas Raja.
Raja itu benar benar melaksanakan segala apa yang diucapkannya. Akhirnya jadilah ia sebagai hamba Allah yang salih, taat sehingga keakhir hayatnya, dengan berkat ajakan hamba Nya yang salih.
Ya Allah! Berilah hamba Mu ini petunjuk dan hidayah Mu dalam mengarungi kehidupan ini. Amin!!!….

Nasihat tentang Akhlak
Menjelang waktu sahur, lelaki itu datang lagi dengan membawa hidangan seperti sebelumnya. Setelah makan sahur, mereka menunggu untuk solat Subuh. Syekh Imam datang dan terus mengimamkan solat Subuh. Syekh Imam datang dan terus mengimamkan solat, kemudian duduk berzikir, membaca Al-Quran, memuji Allah dan berdoa dengan doa yang baik.
Syekh kemudian menghadap kepada para jemaah dan berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t telah mensyariatkan dua perkara ke atas makhluknya di dalam satu ayat, tapi manusia lalai terhadapnya.
“Apa dia Syekh?” tanya orang sufi.
“Sila maju ke hadapan.” pinta Syekh.
Orang-orang pun maju, kemudian Syekh meneruskan syarahannya.
“Wahai anakku! Sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman (yang ertinya): “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu semua.” kata Syekh itu sambil menyebutkan sifat-sifat musuh.” kata Syekh lagi.
“Jadi, bagaimana kita membentengi diri dari musuh tersebut?” tanya si sufi.
Syekh menerangkan: “Benteng yang pertama terbuat daripada emas, iaitu makrifat kepada Allah. Di sekeliling benteng pertama itu ada benteng kedua yang terbuat daripada perak, iaitu iman kepada Allah. Di sekeliling benteng kedua, ada benteng ketiga yang terbuat daripada besi, iaitu tawakkal kepada Allah.
Benteng ketiga dikelilingi oleh benteng keempat yang terbuat daripada batu, iaitu syukur dan redha kepada Allah. Benteng keempat dikelilingi lagi oleh benteng kelima yang terbuat daripada tembikar, iaitu melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
Benteng kelima dikelilingi oleh benteng keenam yang terbuat daripada zamrud, iaitu terdiri dari jujur dan ikhlas dalam segala perkara. Benteng keenam dikelilingi pula oleh benteng ketujuh atau benteng paling luar yang terbuat daripada intan permata, iaitu budi pekerti.”
Syekh meneruskan syarahannya: “Orang yang beriman bertahan di dalam tujuh-tujuh benteng tersebut, manakala iblis berada di luar sambil menyalak seperti anjing. Orang yang beriman tidak akan terpengaruh akan ajakan iblis tersebut kerana dia telah berlindung dalam beberapa lapis benteng. Oleh kerana itu, seorang yang beriman hendaklah jangan mengabaikan budi pekerti atau akhlak dalam segala perkara dan jangan memandang rendah setiap perkara yang datang kepadanya dengan akhlak yang baik.
“Kerana barangsiapa yang meninggalkan budi pekerti atau akhlak yang baik dan memandang rendah terhadapnya, bererti dia telah meninggalkan benteng paling luar (benteng ketujuh), dia telah tertipu. Bila sudah demikian iblis akan terus menerus merebut benteng-benteng yang lain sehinggalah pada benteng yang pertama yakni merebut iman seseorang hingga dia menjadi kafir dan berkekalan dalam neraka. Inilah akibatnya jika seorang beriman meninggalkan budi pekerti yang baik. Oleh itu kita mohon kepada Allah agar mengurniakan adab yang baik.”

Langgan:
Catatan (Atom)