Halaman

welcome

assalamualaikum&salam sejahtera..salam 1malaysia..

Khamis, 8 Oktober 2009

di sini masih ada lagi aku

masih ada lagi aku disini,
peluang melihat dunia fana,
syukur masih diberi waktu,
izinNya aku bernafas

terima kasih atas segalanya,
takala punya kesempatan,
izinNya ada keajaiban,

pasti sebalik semua ini,
ada maksud yang tersirat,
dan tersurat untuk kita,

cari dan tahu tentang sabar,
semua dugaan adalah cubaan,
tuhan menguji tidak sia-sia,
kerana tuhan maha mengetahui,

apa-apa yang kita lakukan,
sembunyi apapun kita,
tuhan tahu segalanya,
sedangkan kita tertanya-tanya,
dunia masih terang,
disini kita masih ada lagi,
hidup dan kehidupan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan